Friday, 22 July 2011

Geografi Fizikal STPM

PULAU HABA

Faktor yang menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba  

Kekurangan tumbuhan

Secara semulajadinya tumbuhan di bandar agak kurang . Tumbuhan memainkan peranan penting dalam mengurangkan gas-gas rumah hijau seperti gas karbon dioksida di udara melalui proses pembuatan makanan atau fotosentesis. Ketiadaan tumbuhan di bandar akan menyebabkan kepekatan gas-gas rumah hijau amat tinggi di bandar.  Gas-gas tersebut kemudiannya membentuk lapisan pada lapisan stratosfera bumi di bandar . Lapisan tersebut membenarkan kemasukkan bahang gelombang pendek matahari tetapi sebaliknya menghalang pengeluaran bahang gelombang panjang dari permukaan bumi ke angkasa.  Bahang yang terperangkap akan disebarkan berhampiran permukaan bumi. Kesannya kawasan berhampiran permukaan bumi di bandar lebih panas.

Penggunaan bahan api fosil

Bahan api fosil merujuk kepada bahan api seperti petroleum,arang batu, dan gas asli . Bahan api tersebut digunakan secara meluas dalam kenderaan dan industri. Pembakaran bahan api fosil akan menghasilkan gas- gas rumah hijau seperti  karbon dioksida , sulfur dioksida dan metana. Gas-gas tersebut kemudiannya membentuk lapisan pada lapisan stratosfera bumi di bandar. Lapisan tersebut membenarkan kemasukan bahang gelombang pendek matahari tetapi sebaliknya menghalang pengeluaran bahang gelombang panjang dari permukaan bumi ke angkasa.  Bahang yang terperangkap akan disebarkan berhampiran permukaan bumi  di bandar. Kesannya kawasan berhampiran permukaan bumi di bandar menjadi panas  

Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka seperti pembakaran sampah sarap yang dilakukan secara meluas di bandar menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba bandar. Karbon dioksida dan karbon monoksida hasil kegiatan pembakaran terbuka akan membentuk lapisan pada lapisan stratosfera bumi lalu menghalang bahang bumi daripada keluar ke ruang angkasa. Bahang akan disebarkan berhampiran permukaan bumi dan keadaan ini menggalakkan berlakunya pulau haba.  

Pembebasan gas CFC

CFC merupakan bahan kimia yang digunakan secara meluas sebagai bahan penyejuk dan aerosol.  CFC merupakan bahan yang sangat berkesan untuk menipiskan lapisan ozon. Industri yang banyak menggunakan CFC  terutama di kawasan bandar seperti industri aerosol, penyembur cat, racun serangga dan minyak wangi, industri polisterena, industri servis peti sejuk, dan pendingin hawa kenderaan dan rumah. CFC apabila bertindak balas dengan ozon akan menyebabkan lapisan ozon menipis.  Kesannya sinaran ultraunggu dan bahang matahari akan masuk secara berlebihan ke permukaan bumi. Kemasukan sinaran ultraunggu yang berlebihan menyebabkan suhu bumi meningkat dan berlaku pulau haba.


Pembinaan

Aktiviti pembinaan dijalankan secara meluas di bandar. Aktiviti pembinaan dalam skala yang besar seperti pembinaan jalan raya, , pembangunan bandar baru, kawasan perumahan dan sebagainya akan menghasilkan debu yang banyak. Debu-debu tersebut kemudiannya akan menyerap bahangan matahari serta menghalang pengeluaran bahangan gelombang panjang daripada bumi ke angkasa. Kesannya kawasan berhampiran permukaan bumi di bandar lebih panas daripada biasa. 

Sifat permukaan bandar

Kebanyakan permukaan bumi di bandar telah di turap sama ada oleh tar atau simen. Permukaan bumi yang berturap akan menyerap bahangan matahari pada waktu siang. Bahang yang diserap oleh permukaan tersebut dan kemudiannya bahang tersebut akan dibebaskan secara perlahan-lahan. Kesan daripada pembebasan bahang tersebut  menyebabkan permukaan bumi menjadi panas.

Struktur bangunan di bandar

Bangunan-bangunan yang terdapat di kawasan bandar umumnya tinggi dan rapat.  Bangunan tinggi akan menghalang pergerakan angin secara mendatar. Kesannya, bahangan yang terdapat di kawasan tersebut tidak dapat dipindahkan dari pusat bandar ke kawasan pinggir bandar. Bahangan akan kekal di kawasan bandar dan keadaan ini menjadikan kawasan bandar lebih panas.

Kesan  pulau haba

Kesan kepada alam sekitar fizikal

Peningkatan suhu

Fenomena pulau haba menyebab suhu di kawasan bandar lebih tinggi daripada kawasan sekitarnya iaitu kawasan pinggir bandar.

Peningkatan kadar sejatan

Peningkatan suhu menyebab kadar sejatan ke atas permukaan air dan tanih meningkat.

Peningkatan kejadian ribut

Suhu yang tinggi di kawasan bandar menyebabkan wujudnya sel-sel  tekanan rendah di kawasan bandar.  Sel-sel tekanan rendah berupaya untuk membentuk ribut.

Peningkatan kejadian kerpasan

Sejatan yang tinggi di kawasan bandar berupaya untuk membawa banyak wap-wap air ke atmosfera, membentuk  awan lalu menghasilkan hujan.


Kesan kepada manusia


Ketidakselesaan terhadap manusia

Badan cepat  berpeluh dan keadaan tersebut menyebabkan  tidak selesa dalam kalangan penduduk bandar.

Peningkatan penggunaan bahan bakar

Bahan bakar seperti  elektrik akan meningkat dari segi penggunaannya. Keadaan tersebut dapat meningkatkan kos  penggunaan elektrik.



Himpunan Nota-nota Kuliah Geografi Alam Sekitar Fizikal


Kaedah mengatasi fenomena pulau haba

Penguatkuasaan undang-undang

Hukuman dan denda terhadap individu atau syarikat yang didapati menyebabkan berlakunya fenomena pulau haba Bandar. Contohnya keatas pelepasan asap kenderaan,  kilang-kilang dan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan bandar.

Menanam di kawasan bandar

Pokok yang ditanam mestilah berdaun lebar.  Tumbuhan dapat  mengurangkan kepekatan gas-gas rumah hijau yang dihasilkan oleh industri dan kenderaan di bandar.

Penggunaan bahan api yang mesra alam

Bahan api yang mesra alam seperti tenaga suria dan elektrik  Penggunaan bahan api tersebut dapat mengurangkan kepekatan gas-gas rumah hijau di bandar.

Kurangkan pembinaan bangunan tinggi

Bangunan yang rendah menggalakkan pergerakan angin mendatar. Kesannya bahang yang terkumpul di pusat bandar  dapat di  keluarkan ke kawasan pinggir bandar dengan dibantu oleh pergerakan angin.

Pancutan air

Pancutan air yang diletakkan di bangunan-bangunan terutamanya di kawasan bandar. Air merupakan agen yang dapat menyerdahanakan suhu persekitaran Bandar.

Kempen kesedaran

Kempen kesedaran yang dijalankan oleh pihak-pihak yang berkaitan seperti Jabatan Alam Sekitar ( JAS ) dengan menggunakan media massa.  Kempen tersebut dapat menyedarkan orang ramai tentang kesan pulau haba kepada alam sekitar bandar dan manusia.

Pendidikan

Melalui pendidikan secara formal ataupun tidak formal seperti melalui mata pelajaran geografi, sains dan alam sekitar yang mendidik pelajar  tentang kepentingan penjagaan alam sekitar bandar kepada kesejahteraan alam sekitar fizikal dan manusia.